Sadis!!Bocah ditabrak berkali kali di Cina


SEDUTAN video dari kamera litar tertutup bertarikh 13 Oktober 2011 menunjukkan kejadian langgar lari ke atas kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang tidak dihiraukan oleh orang ramai. - AGENSI


BEIJING 17 Okt. - Rakaman video memaparkan seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun di China yang dilanggar sebuah van dan kemudian tidak dihiraukan oleh pejalan kaki, menggemparkan negara ini dan menimbulkan kemarahan orang ramai kerana ia menggambarkan keadaan kurang bermoral dalam masyarakat moden di republik ini.

Video dari kamera litar tertutup bertarikh 13 Oktober lalu itu dan disiarkan oleh sebuah stesen televisyen tempatan merakamkan seorang kanak-kanak perempuan dilanggar sebuah van dan kanak-kanak itu ditinggalkan dalam keadaan berdarah di sebuah jalan raya di bandar Foshan, wilayah Guandong.

Media rasmi hari ini melaporkan lebih 12 orang yang melalui jalan itu sama ada pejalan kaki atau menaiki basikal, tidak mempedulikan kanak-kanak itu sehinggalah dia dilanggar buat kali kedua oleh sebuah lori.

Seorang wanita kemudian menarik kanak-kanak berkenaan ke tepi jalan sebelum ibu kanak-kanak itu yang merupakan seorang pekerja asing di bandar itu tiba di tempat kejadian.

Akhbar China Daily melaporkan kanak-kanak itu yang kini dirawat di sebuah hospital, diisytihar 'mati otak'. Agensi berita Xinhua melaporkan dua pemandu kenderaan yang melanggarnya telah ditahan polis. - Reuters

Videonya bisa dilihat disini


2 comments: